
Perjalanan yang belum selesai
Bagaimana dengan themes blog saya yang terbaru. Tiba-tiba je rasa nak tukar themes blog ni. Apa lagi berikanlah komen anda.
Rasanya, sungguh cepat masa berlalu. Kalau kita nie banyak benda yang nak di buat, masa tu berjalan dengan cepat sekali. Yang sebenarnya masa tu tak pernah berubah pun. Dari dahulu hingga sekarang tak pernah cepat atau pun lambat. Yang penting bagaimana kita menyusun kerja-kerja kita yang ingin dilaksanakan dengan teratur. Atau pun kita boleh katakan mengurus masa dengan baik. Sejujur-jujurnya, saya amat lemah dalam mengurus masa. Tapi dalam proses memperbaiki sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, rasanya ada perningkatan jika dibandingkan dengan sebelum ini (macam angkat bakul je Sufian).
Hari ini genap 02/02/2007 dan sudah 32 hari berlalu untuk tahun 2007. Bagaimana dengan perkembangan anda setakat ini? Adakah anda masih lagi tercari-cari bagaimana nak memulakan perniagaan internet atau anda telah memulakan perniagaan internet. Saya ucapkan tahniah kepada yang telah berjaya memulakan perniagaan internet anda yang pertama. Dan pada yang masih lagi tercari-cari, jangan bimbang. Ini adalah kerana untuk menjalankan perniagaan internet tidaklah sesukar mana. Yang penting anda perlu dapatkan maklumat yang tepat dari orang yang mahir.
Rakan saya saudara Zul, telah menulis satu tutorial bagaimana anda boleh membina perniagaan internet dalam masa 3 hari. Saya rasa, tak perlu lagi saya memperkenalkan saudara Zul kepada anda semua, kerana saya pasti anda mengenalinya (macam artis pulak Zul nie yer, :D). Saya mengenali saudara Zul kira-kira setahun lebih yang lepas di forum WangCyber. Kalau tak silap saya, masa tu WangCyber berumur tak sampai seminggu. Saudara Zul merupakan seorang yang gigih, tekun dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi industri perniagaan internet di Malaysia. Jadi seharusnya anda menuntut segala ilmu yang ingin dicurahkan. Tak rugi, kerana anda belajar dari orang yang mahir.
Oklah, kita berbalik semula kepada tutorial yang disediakan oleh saudara Zul iaitu membina perniagaan internet dalam masa 3 hari. Mesti anda tertanya-tanya, boleh ke? Memang boleh sebenarnya. Di sini apa yang saudara Zul ajarkan adalah membina perniagaan internet dengan 4 langkah, bukannya terus mendapat hasil dari perniagaan internet tu. Langkah awal merupakan perkara penting yang perlu anda tahu, kiranya anda tidak mengetahui pemulanya bagaimana anda nak mengambarkan penamatnya, seperti tips yang diberikan oleh Shuth “Mulakan sesuatu dengan penamatnya“.
Jadi, mulakan langkah pertama anda. Kejayaan yang terhasil 2, 3, 10 atau 20 tahun akan datang bermula dengan langkah pertama yang anda lakukan hari ini.
Tags: Membina Perniagaan Internet, Buat Duit Dengan Internet, Panduan Perniagaan Internet
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
Themes cantik, superb! Tapi disebabkan setiap post bro panjang2, saya baca sikit je, kadang2 x baca langsung
Rasanya kena tukar setting biar jadi 2, 3 atau 4 post je di muka depan ni.. (ada juga orang cmni) ![]()
Thanks Zamani, ramzwatcher, Labanon dan Affuan.
Macam tu ke? eeerrmmm… Ok Affuan, akan dipertimbangkan.
Nak dengar komen2 yang lain dulu. ![]()
Satu jer saya nak bagitahu sufian. Di saat awal kita kenal dulu, dunia ebiz di Malaysia masih sunyi..
Dan masa tu lah sorang demi sorang menjalinkan hubungan persahabatan walaupun secara online untuk bergerak maju dalam bidang ini.. Kini, industri ini semakin berkembang pesat. Cuma, rakyat Malaysia perlukan masa untuk belajar (part ni ramai yang tak sabar..). ![]()
Tahniah atas theme baru! Saya pun tengah mencari theme yang unik ni. Mungkin kena outsourcekan kat designer kot.. ![]()
Memang kena outsource Zul, baru boleh dapat themes yang unik dan menarik.
Yup, saya setuju dengan Zul. Masa tu memang sunyi. Lepas tu otai2 kat Malaysia pun tak begitu menonjol. Cuma yang ada Dr. Irfan je.
Selepas itu ramai yang menampilkan diri untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada. Secara kasar perkembangan perniagaan internet kat Malaysia boleh dikatakan positif.
Cuma part yang Zul katakan tu memang betul (tak sabar). Walaupun di internet boleh buat duit dengan cepat, tapi kena cara yang betul. Saya masih ingat lagi, kidino pernah review produk dari Ewen Chia dan Jon Han Mok (dah lupa nama produknya, tapi namanya lebih kurang Power Affiliate, macam tu lah). Dalam produk tu, Ewen ada buat case study, seorang Singaporian boleh buat income dari affiliate $1k dalam masa seminggu (kalau tak silap). Tapi kidino menyatakan, dalam produk tu tak ada pun menceritakan rahsia ataupun teknik untuk buat duit dengan cepat melalui internet. Cuma yang saya betul2 ingat, kidino pernah contact Ewen dan Jon Han Mok untuk kepastian tentang produk tu. Rahsianya walaupun kita boleh buat income $1k atau secepat mana sekali pun, tapi persediaan untuk ketahap yang dinyatakan bukanlah dalam masa yang singkat ( begitulah lebih kurang maksudnya).
Dunia perniagaan internet antarabangsa pun pernak gempar beberapa tahun yang lepas, di mana John Reese menghasilkan income $1++ million dalam masa tak sampai 24jam. Tapi ada sesiapa fikir, berapa lamakah John Resse nak sampai ke tahap itu?
Siapa boleh berikan kesimpulan?
zul,sufian, anda mmg betul.
dulu, saya hanya dpt informasi mengenai keburukan internet saja;(gambar xxx, fitnah, gosip liar dll yg negatif)
tapi, sejak mengenali pakar2 IM, melalui blog2 mereka dan forum, banyak ilmu yg saya dpt dan tgh mempraktikkannya.
doa saya agar ramai lagi yg join dan buat ebiz ni secara serius dan malaysia akan menjadi negara maju kelak,
dan org melayu akan tingkatkan ekuiti modal mereka.
oh… blog Sufian dah tukar rupa! Cantik, very kemas and professional …
Yup, akhir tahun 2005 dulu (wah, has it been that long?!),
masa saya tengah cari2 forum BM tentang IM dan e-biz…
memang rasa sunyi juga b4 ada wangcyber.
Sebab masa tu, lepak kat forum omputih je…
Mcm webmasterworld, warriorforum, etc…
Bukan apa, ada some things yang kalo kita bincang dgn omputih ni tak sama mcm bincang dgn orang kita.
Kalo sebut pasal pekena teh tarik atau roti canai di mamak, orang kita faham maksud kita …
So rasa macam lebih kemesraan dan persaudaraan dgn sesama Malaysian.
sekarang dah ramai kawan2 sesama M’sian. Rasa best betul.
Of coz ada lagi kengkawan omputih dari overseas, ramai, tapi kalo rasa nak gi pulun nasi lemak ke, boleh bila-bila and also senang nak sms, talipon…
Ye, buat IM and e-biz ni bukannya dapat terus kaya. Perlu planning, preparation and studying yang lama.
John Reese pun dah lama berkecimpung dalam IM. Beliau pun perlu masa bertahun-tahun untuk membina reputasi, bina kepercayaan dan bina LIST.
Product yang ditawar pun jenis high-end (mahal).
Tapi sebelum tu, sudah pasti beliau tawarkan product-product ‘biasa’ dulu, to bina trust dan LIST.
Dengan list yang besar, nama dah terkenal dan dihormati, tak hairanlah beliau boleh buat USD1 million dalam 1 hari.
Sama juga macam Rich Schefren, Mike Filsaime… semua amik masa bertahun2 untuk membina bisnes dan reputasi bisnes mereka… and one day, they hit the jackpot … ![]()
Hah! nampaknya kak Galadriel dah jawab macam mana John Reese dan jutawan2 internet yang lain boleh menghasilkan duit dalam masa yang singkat.
Jadi semua newbie’s dan rakan2 yang sedang mencari peluang, tak kisah secara online atau pun offline, tiada kejayaan dalam masa yang singkat. Kalau tak “easy come, easy go”. ![]()
betul sufian, no shortcut to success.
setakat hari ni,
saya letakkan matlamat saya setahun dulu utk membina rangkaian/mencari sahabat2/pakar2 IM sebelum melancarkan produk pertama saya, ok ker?
Berapa lama masa yang kita tetapkan tu tak ada masalah.
Yang penting kita laksanakan. Contoh kalau hapisol set setahun untuk lancarkan produk, jadi dalam masa setahun tu cuba belajar macam mana nak promote affiliate produk.
Jadi kita dah tahu teknik mana yang berkesan untuk kita dan yang mana perlu didahulukan. Ini kerana cara untuk promote produk kita sendiri dan affiliate produk tak banyak beza. ![]()
Terus terang saya katakan saya cukup suka dengan header ni…nampak profesional, lagi cantik kalau dapat taruk sikit gambar sufian yg macho tu…hehehe…
Eh…tinggal kat kulim ke??? Bole jumpa ni, saya sbg newbiz byk perkara yang saya perlu belajar ni… Jadi kalau dapat jumpa lagi baguskan.
Apa2 pun terima kasih diatas tip2 dan info yang saya dapat dari blog ini.
tak ada masalam.
ya ka?
sebulan sekali saya akan balik butterworth,
smskan no hp sufian kat saya,(017483****)
kot2 boleh pi pekena tea tarik kat pelita nasi kandar ka?
sorry ![]()
keluar topik sikit.



Themes yang agak menarik dan lebih profesional.
Satu motivasi yang baik dan mudah difahami.
Satu penyampaian yang menarik.
Satu pengiklanan yang bagus.
Satu tip yang berguna.
Satu impian yang indah untuk dicapai.
Ayuh ! Mulakan langkah pertama hari ni untuk kecemerlangan hari esok.
Teruskan langkah sehingga berjaya.
Kemanisan kejayaan amat bernilai bila kita selalu menempuh kepahitan, kemasaman dan kemasinan dalam hidup.
TERUSKAN USAHA!