
Kenapa dah bungkus ke?
Akhirnya berjaya juga saya update blog saya hari ini. Kesian juga kepada blog saya ni, dah lama terbiar dan terbengkalai. Dan macam-macam komen dan email yang saya dapat bertanyakan kenapa blog ni lama menyepi tanpa post yang terbaru. Terima kasih juga kepada pembaca-pembaca blog saya yang bertanya ke mana saya menghilang.
Saya tak menghilang pun, masih di sini. Masih lagi menjalankan perniagaan internet seperti biasa. Cuma beberapa bulan yang lalu saya menghadapi masalah dengan streamyx. Boleh dikatakan kronik jugalah. Sampaikan customer service streamyx kena kacau dengan saya setiap hari.
Masalah selasai dalam masa sebulan lebih jugalah. Jadi pada masa tu sehinggalah post yang saya buat hari nie, fokus utama saya hanyalah kepada website-website yang menghasilkan pendapatan bulanan kepada saya. Jadi, bila terlalu lama tak menulis, mood menulis tu dah hilang. Biasalah saya ni sebenarnya malas nak menulis. Tapi digagahkan juga untuk menulis balik.

Ni antara komen pembaca blog ini yang menarik perhatian saya. Blog ini bukan menghasilkan pendapatan utama saya. Tujuan blog ini mula-mula di bina adalah untuk berkongsi tips-tips dan maklumat dalam perniagaan internet. Pada masa tu tak banyak blog dalam bahasa melayu yang betul-betul fokus memberi maklumat dalam perniagaan internet. Tapi sekarang, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak blog-blog yang berkongsi maklumat tentang perniagaan internet yang boleh dijadikan rujukkan dan panduan. Jadi bisnes saya tak bungkus lagi yer mamat.
Ok, di sini saya ingin berkongsi salah satu teknik yang sentiasa saya gunakan untuk mempromosi blog atau website saya. Teknik ini hanya sesuai kita pasaran global. Kalau pasaran tempatan saya tak pasti, tapi anda boleh melakukan eksperimen untuk pasaran tempatan. Jika ada menulis artikel untuk blog, website atau menghantarnya ke article directory, artikel ini boleh digunakan semula untuk diupload ke website slideshare. Anda cuma perlu convert artikel anda tadi kepada persembahan powerpoint dan upload ke website slideshare. Ini contoh paling simple yang saya jumpa.
http://www.slideshare.net/PeterDavid/do-you-know-stress-cause-hives
Dengan teknik ini, ia akan menghasilkan trafik ke blog atau website anda di dalam jangka masa yang panjang. Anda cuma upload dan lupakannya. Tak perlu update.
Saya ada berikan produk percuma untuk pembaca blog saya. Jangan lupa download di sini.
Tags: Article Marketing, Perniagaan Internet, Persembahan Powerpoint, Slideshare, Website Traffic
Produk percuma bulan Ogos
Insya’allah, selapas ini setiap bulah saya akan berikan produk percuma untuk anda. Untuk bulan ini anda boleh download 3 produk di bawah.
Happy download!
Klik di sini untuk download The Beginners Guide To Mastering PHP

Klik di sini untuk download CPA Explosion

Klik di sini untuk download The Seventeen Method

Tags: Produk Percuma. The Seventeen Method, CPA Explosion, The Beginners Guide To Mastering PHP


