Jenis-jenis komisen di dalam pemasaran affiliate

Sebelum saya menerangkan berkenaan tajuk di atas. Saya ini berkongsi dengan anda salah satu tempat yang membolehkan anda mengetahui mengenai niche market. Untuk memudahkan anda mejalankan penyelidikan mengenai niche market, anda boleh mengguankan website Niche A Day. Anda cuma perlu subscribe dan setiap hari anda akan menerima email mengenai niche market yang ada.

Dan yang terbaru, setiap niche pilihan yang diemailkan akan disertakan sekali keywords yang berkaitan dengan niche tersebuat. Dengan adanya website Niche A Day, ia akan membantu pada mereka yang kurang pengetahuan untuk menjalankan penyelidikan mengenai niche market. Tetapi anda tidak boleh bergantung harap 100% kepada Niche A Day, kerana ramai orang yang telah menjadi subcriber Niche A Day dan mereka mungkin akan menggunakan niche yang sama. Jadikan website Niche A Day ini sebagai batu loncatan anda untuk anda memulakan perniagaan internet.

Sekarang saya akan menerangkan secara ringkas mengenai komisen di dalam pemasaran affiliate. Salah satu kaedah untuk memilih program affiliate yang ingin disertai adalah dengan mengetahui bagaimanakah komisen anda akan dibayar.

Terdapat dua jenis kaedah yang diguna pakai.

SINGLE-TIER COMMISSIONS - komisen dibayar untuk 1 peringkat/level. Maknanya kita akan mendapat komisen dari hasil penjualan kita sendiri.

Sebagai contoh :
Affiliate Program www.maskahwin.com menggunakan jenis pembayaran single-tier commisions. Anda akan mendapat komisen sebanyak RM5.00 setiap penjualan yang berjaya anda lakukan.

2ND-TIER COMMISIONS - komisen yang dibayar untuk 2 peringkat/level. Maknanya, anda akan dibayar komisen bagi setiap penjualan yang anda lakukan dan juga penjualan yang dilakukan oleh sub-affiliate anda.

Sebagai Contoh :
Affiliate program www.secretstotheirsuccess.com menggunakan jenis pembayaran 2nd-tier commisions. Anda mendapat bayaran komesin sebanyak 6% setiap jualan yang anda lakukan dan 1% bagi setiap jualan yang dilakukan oleh sub-affiliate anda. Ini bermakna jumlah komisen yang akan anda perolehi adalah sebanyak 7%.

Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Rasanya affiliate 2 peringkat/level lebih mengguntungkan bagi saya la. Walaupun kita tak mampu mendapatkan sebarang jualan boleh la dapatkan sikit komisyen dari sub.

tq for info.
sbg newbie, program affiliate ini dpt menambahkan pendapatan kpd saya.
cuma, saya perlu mempelbagaikan promosi.

Betul tu. Kita kena kreatif dalam promosi. Teknik yang sama, tapi kalau kita twist sikit, mungkin akan memberi hasil yang lebih baik dari yang asal.

Leave a comment

(required)

(required)