
Jenis-jenis Program Affiliate
1. Pay-Per Sale Affiliate Program
Dalam kaedah ini, kita akan dibayar komisen apabila seseorang membeli produk/perkhidmatan melalui affiliate link kita. Cotohnya produk/perkhidmatan yang biasa dipasarkan dengan menggunakan cara ini adalah penjualan ebook ataupun perisian. Biasanya komisen yang dibayar boleh mencecah sehingga 80%. Komisen ini biasanya ditetapkan oleh affiliate merchant. Sesetengah tu ada juga affiliate merchant yang menetapkan komisen yang akan mereka bayar kurang dari 50%.
Saya sendiri gemar menjual ebook ataupun lebih dikenali sebagai information product. Kenapa saya lebih suka menjual information product? Affiliate merchant tidak mengeluarkan kos pengeluaran yang banyak. Seperti kos percetakan, kos pembelian kertas seperti buku biasa.
Oleh itu seorang affiliate marketer yang mempromosikan information product ini akan mendapatkan komisen yang cukup tinggi. Biasanya di antara 40% hingga 80% seperti yang saya nyatakan sebelum ini.
Jadi, jika sebuah ebook berharga $97, maka komisennya adalah di antara $38.80 hingga $77.60. Kalau ditukar ke mata wang Malaysia, kita akan mendapat komisen di antara RM147.82 hingga RM295.65 untuk satu transaksi jualan. Bagaimana, lumayan bukan?
2. Recurring Affiliate Program
Dalam program recurring, affliate merchant akan memberi komisen kepada kita secara tetap ataupun berkala. Biasanya program ini ditawarkan kepada kita kerana menyertai suatu perkhidmatan dengan bayaran secara bulanan. Contohnya adalah seperti web
hosting, autoresponder ataupun membership website seperti affiliate classroom.
Walaupun komisennya dibayar dengan jumlah yang kecil tetapi program ini tetap memberi kelebihan kepada kita. kenapa? Ini adalah kerana, kita boleh menerima komisen selagi pelanggan membayarnya setiap bulan. Sebagai contoh kita lihat affiliate classroom. Untuk menyertai program ini kita perlu membayar perkhidmatan yang disediakan setiap bulan sebanyak $47. Jika kita ingin memdapat pulangan dari apa yang telah kita laburkan, kita hanya mempromosi affiliate classroom menggunakan affiliate link. Di mana jika ada pelanggan yang menyertai affiliate classroom melalui afffiliate link kita, Kita akan menerima komisen setiap bulan sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk tidak ingin menyertai laginya lagi.
Untung bukan? Anda hanya mempromosikan sekali sahaja dan setiap bulan anda akan menerima komisen daripada promosi yang anda lakukan.
3. Pay Per Lead Affiliate Program
Pay-per-lead adalah jenis affiliate program yang membayar komisen untuk setiap prospek (leads) dengan kelayakan tertentu yang kita bawa ke website merchant melalui affiliate link. Affiliate merchant akan memutuskan adakah leads yang kita bawa memenuhi kelayakan yang mereka tetapkan atau tidak. Biasanya mereka akan tentukan daripada maklumat yang diberikan oleh leads melalui form yang perlu mereka isi.
Biasanya program ini berdasarkan perkhidmatan seperti insurans, pinjaman perumahan, pinjama peribadi/perniagaan, promosi produk terbaru dan sebagainya. Melalui program ini, kita akan menerima komisen bermula dari $0.25 sehingga ke $25 ataupun lebih untuk setiap leads yang mengisi maklumat mereka secara lengkap.
Biasanya jika sudah terkenal dalam perniagaan affiliate marketing sehingga boleh dipanggil Super Affiliate Marketer, affiliate merchant yang akan menawarkan kepada anda untuk mempromsikan website mereka. Dan komisen yang anda akan terima sudah tentu dalam jumlah yang lebih besar.
4. Pay-Per-Click Affiliate Program
Pay-Per-Click Affiliate Program merupakan satu program yang unik. Ini adalah kerana anda akan mendapat bayaran apabila link iklan di website anda di klik oleh pengunjung.
Terdapat syarikat tertentu yang bersedia membayar apabila link iklan mereka di klik oleh pengunjung di website anda. Anda hanya perlu menyediakan ruang iklan di website anda untuk program sebegini.
5. Pay-Per-Search Affiliate Program
Pay-Per-Search Affiliate Program ini hampir serupa dengan pay-per-click. Perbezaannya hanyalah pada modelnya sahaja.
Melalui program ini anda akan menerima bayaran apabila pengunjung di website anda mencari maklumat dengan menggunakan “search box” yang telah anda tempatkan di website anda. Untuk lebih jelas, anda pasti mengetahui search engine seperti Google.com ataupun yahoo.com. Ya, pay-per-search adalah sama seperti search engine di mana program ini akan menjadikan website anda sebagai search engine.
Anda perlu menempatkan “search box” di website anda, jika ada pengunjung menggunakannya dan klik pada link yang dipaparkan, anda akan menerima bayarannya.
6. Hybrid Programs
Hybrid Programs adalah di mana affiliate merchant menggabungkan beberapa program bayaran yang beza.
Sebagai contoh Affiliate merchant akan menawarkan $0.10 setiap kali pengunjung website akan klik pada link iklan mereka dan apabila ada pengunjung yang membeli produk mereka, affiliate merchant akan membayar komisen sebanyak 15% kepada anda.
Tags: Pendapatan Internet, Rahsia Peniagaan Internet, Panduan Buat Duit
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
Informative! Sesuai untuk semua orang yang baru
untuk mengenali affiliate program. Juga sesuai untuk
yang lama untuk buat revision.
Satu lagi… mungkin tak selalu dibincangkan sebagai
affiliate program ialah pay-per-post -> untuk mereka
yang membina laman web/blgo dan menulis review
untuk laman web orang lain. Mungkin perkara ni masih
baru dan tak banyak yang memperkatakan atau
mengkategorikannya sebagai affiliate program lagi.
All the best, Sufian… and keep it up!
Zamri Nanyan
Thanks bro Zamri,
Memang betul tu. pay-per-post nie masih baru lagi. Jarang sangat saya jumpa perbicangan mengenainya.
tahniah bro Sufian!
Sangat bagus tulisan nie. jujur saya katakan: saya hanya tahu program affiliate dan tak ambil tahu pun mengenai jenis-jenis affiliate. Tapi sekarang saya dah tahu
info yang sangat bagus!
Ramzan Rozali



hmm..cabaran wc yang kedua nie, maybe kena ngena ngan affiliate kot…nantikan…