
Memulakan Perniagaan Internet Dengan Affiliate Programs
Anda boleh mulakan perniagaan internet dengan memasarkan produk atau perkhidmatan anda sendiri. Jadi jika anda tidak mempunyai produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan, maka tak bolehlah nak memulakan perniagaan secara online. Jawapannya, anda masih boleh mulakan perniagaan internet. Tapi bagaimana?
“AFFILIATE PROGRAMS”
Affiliate programs merupakan salah satu cara yang boleh anda gunakan untuk menjalankan perniagaan internet jika anda tidak mempunyai produk atau perkhidmatan anda sendiri. Perniagaan ini merupakan model perniagaan yang sangat lama, di mana seseorang itu dibayar jika mereka berjaya menghasilkan jualan.
Affiliate programs merupakan satu perniagaan yang sangat besar yang bernilai lebih dari USD14 juta setahun. Besar bukan? Dan nilai ini bertambah tahun demi tahun.
Di dalam affiliate programs, kita di bayar jika berjaya menjual produk/perkhidmatan seorang merchant atau affiliate merchant. Merchant/Affiliate Merchant adalah perseorangan atau syarikat yang memiliki produk/perkhidmatan yang dipasarkan melalui internet. Sementara kita yang tidak memiliki produk/perkhidmatan untuk dijual, boleh membantu affliate merchant tersebut bagi memasarkan produk/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Untuk setiap produk yang kita jual, mereka akan membayar komisen kepada kita.
Dan sesiapa sahaja yang menghasilkan pendapatan melalui cara ini di panggil affiliate marketer ataupun affiliate. Mereka juga boleh dikenali sebagai associates ataupun program partners.
Nama lain bagi affiliate program adalah associate programs, bounty programs, referrer programs, partner programs atau revenue sharing programs. Tetapi semuanya membawa maksud yang sama, cuma perkataannya sahaja yang berbeza.
Tags: Perniagaan Internet, Rahsia Perniagaan Internet, Buat Duit
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
Yup Maizul,
Memang dah ramai yang berjaya dan menjadi jutawan dengan menjadi Affiliate Marketer nie. ![]()
Aman,
Memang ramai yang start dengan affiliate nie. Dan affiliate nie, sesuai bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan internet. ![]()
Dari pemahaman saya.
Affiliate marketing tu dimana kita memasarkan produk kita dengan menggunakan sistem affiliate.
Affiliate program tu pula ada sistem itu sendiri.
Saya ndak jualan puppet. sepasang puppet 500 dollars USA untuk area USA, 450 untuk Europe, 400 untuk Asia and Aus. sudah termasuk biaya kirim. Bonus 8 vcd tentang budaya Banyumas. dan bisa mendatangkan grup budaya kami ke negara anda, karena pertransaksi kita potong 10 dollars. dan bagi siapa saja yang bisa menjualkan produk saya, saya akan kasih 30 dollar perpasang yang terjual. ayo………..
saya tertarik dengan affiliate marketing ini, tapi mohon penjelasan apakah bisnis seperti HALAL dan sesuai syariah?
Makasih yach jawabannya.



Baru la tau ada nama lain rupanya ingat affiliate saja… tq Mohd Sufian besar jugak perniagaan affiliate ni ye