
Perisian Directory Submitter diberikan secara percuma oleh Brad Callen
Hari ini saya akan menceritakan kepada rakan-rakan, mengenai satu perisian percuma dari Brad Callen. Siapa yang tak kenal pada Brad Callen. Kalau ada yang tak megenalinya, Brad Callen merupakan creator perisian SEO Elite dan juga Keyword Elite. Kedua-dua produk ini laris dijual di internet.
Kenapa perlu ada perisian Directory Submitter?
Salah satu cara untuk meningkatkan ranking dan traffic blog atau website anda adalah dengan mendapatkan backlink. Dan antara kaedah yang mudah untuk tujuan ini adalah dengan submit link blog atau website anda ke directory-directory ni. Directory-directory ini akan menawarkan secara percuma dan ada juga yang mengenakan bayaran bulanan, tahunan ataupun seumur hidup.
Proses untuk submit link blog atau website anda ke directory memang memenatkan jika anda melakukannya secara manual. Bayangkanlah jika anda mempunyai senarai 300 directory dan setiap directory mempunyai form yang perlu dimasukkan dengan maklumat tertentu. Berapa lama proses ini boleh dilakukan, jika anda terpaksa menaip pada setiap form atau dengan cara copy dan paste. Saya tak dapat nak bayangkannya.
Walaupun anda tidak perlu melakukan proses submit ini sekaligus pada 300 directory ini, tetapi ia tetap mengambil masa yang lama kalau anda mempunyai lebih dari satu blog atau website. Jika anda mempunyai duit, anda boleh mengupah kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan submit link blog atau website ke directory. Tetapi bagaimana kalau anda ingin menjimatkan duit yang ada? Terdapat beberapa perisian directory submitter yang diberikan secara percuma dan saya telah pun mencuba perisian-perisian ini. Tetapi saya amat tertarik pada perisian yang ditawarkan oleh Brad Callen. Boleh dikatakan cinta pandang pertama.
Brad menawarkan dua versi untuk perisian ini, iaitu standard dan Gold. Versi standard diberikan secara percuma di mana anda boleh submit ke 350 direcotry, manakala versi glod dijual dengan harga $47 dan anda boleh submit ke 1700 directory.

Untuk saya, cukup sekadar menggunakan versi percuma. Sebabnya anda boleh add dan delete senarai directory yang ada di dalam perisian ini. Jadi saya akan menambah sendiri link directory yang biasa saya gunakan.
Jika anda berminat dengan perisian ini, anda boleh terus download di sini http://directorysubmitter.imwishlist.com/
Tags: Brad Callen, Directory Submitter, Blog, Link Building, Perniagaan Internet, Buat Duit Di Internet
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
saya rasa ada lagi lebih baik free trial(14 hari) 3000 direktori..kalau ada kesempatan saya kasi tahu
Sesuatu yang menarik, tapi dia dah letak kat situ non-english language site akan di reject instantly, macam mana ?
[...] Tujuannya adalah untuk menaikkan PR blog anda. Apa buktinya? Buktinya blog saya mendapat PR3 dalam masa empat bulan. Sudah berapa direktori anda sudah mendaftar? Ingin menyingkatkan masa anda? Jeng2.. ada sesuatu yang mohd sufian ingin beri kepada anda. Hemm.. percuma tau.. untuk mendapatkannya sila ke sini. [...]



Good share bro.. thx alot!