
Sertai cabaran 30 hari Ed Dale dan WC300 Wangcyber

Di sini saya ingin berkogsi dengan anda semua tentang cabaran 30 hari (Thirty Day Challenge) dari Ed Dale. Ed Dale baru sahaja melancarkan cabaran 30 hari untuk tahun 2008. Saya pun dah lupa cabaran 30 hari kali ini versi yang ke berapa. Kalau tak silap saya, versi yang ke-5 kot (sesiapa yang tahu tolong betulkan jika saya salah). Saya telah menyertai cabaran 30 hari nie pada tahun 2006. Di mana, dalam cabaran 30 hari ini anda akan diajar langkah demi langkah memulakan perniagaan internet anda dengan menggunakan teknik yang terkini. Dari A hingga Z. Semuanya berbentuk video. Bagi saya, pembelajaran dalam bentuk video ini amat menyeronokkan. Kadang-kadang kalau membaca, saya cepat mengantuk. Video adalah alternatif yang baik untuk saya.
Satu lagi yang istimewa untuk cabaran 30 hari ini, anda tidak dikenakan bayaran untuk menyertainya. Memang betul, PERCUMA. Anda boleh belajar teknik-teknik terbaru dalam perniagaan internet untuk tahun 2008. Inilah salah satu rahsia saya bagaimana saya mengetahui teknik-teknik terkini tanpa perlu kita menjalankan eksperimen. Banyak yang telah saya belajar dari mula saya menyertainya pada tahun 2005 hinggalah sekarang.
Klik imej untuk saiz sebenar
Cabaran 30 hari ini bermula dengan preseason, di mana dalam preseason ini, anda diajar cara penggunaan tools yang akan digunakan semasa cabaran 30 hari. Dengan cara ini ia memudahkan newbies mengikuti langkah yang diajar.
Klik imej untuk saiz sebenar
Untuk menyertai cabaran 30 hari (Thirty Day Challenge) ini klik di bawah :-
http://www.mohdsufian.com/links/cabaran30hari.php
100% percuma, tiada bayaran tambahan dikenakan. Cuma ada beberapa tools berbayar yang Ed gunakan dalam cabaran ini. Tapi masih lagi ada alternatif tools percuma yang boleh anda gunakan. Jangan risau.
Satu lagi, semua video-video yang disediakan boleh di download untuk rujukkan semula tanpa perlu anda connect ke internet.

Selain itu, saya juga tidak mahu anda ketinggalan satu program keahlian ekslusif dari forum Wangcyber, yang diberi nama WC300. Keahlian ekslusif WC300 telah dibuka pada awal tahun ini. Dan ia dibuka untuk 300 keahlian sahaja. Semasa saya menulis post ini, cuma tinggal 80 sahaja keahlian untuk anda. Anda cuma perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM47 @ USD16 setahun. Saya rasa, harga yang ditawarkan teramatlah murah jika dibandingkan apa yang akan anda perolehi.
Kenapa perlu anda menyertai WC300?
Saya tak ingin nak bercerita panjang lebar, tapi untuk keterangan yang lebih details anda boleh baca pada link di bawah ini :-
http://www.wangcyber.com/wc300/
Selain kelebihan yang disenaraikan. Wangcyber menyediakan ruangan khas untuk ahli WC300 sahaja.
Klik imej untuk saiz sebenar
Ebook percuma yang boleh anda download dalam ruangan WC300 sahaja.

Dua keahlian yang boleh anda sertai hari ini. Satu percuma dan yang satu lagi, cuma dikenakan bayaran tahunan yang teramatlah murah.
Tags: Cabaran 30 Hari, WC300, Wangcyber, Ed Dale, Thirty Day Challenge 2008, Perniagaan Internet
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
C300 khas untuk member yang nak join Wang Cyber forum dengan kelebihan yang tidak ada pada normal member.
Debtrunner leh see details here http://www.wangcyber.com/wc300/






tahniah. sudah jadi member WC300!