
Kenapa dah bungkus ke?
Akhirnya berjaya juga saya update blog saya hari ini. Kesian juga kepada blog saya ni, dah lama terbiar dan terbengkalai. Dan macam-macam komen dan email yang saya dapat bertanyakan kenapa blog ni lama menyepi tanpa post yang terbaru. Terima kasih juga kepada pembaca-pembaca blog saya yang bertanya ke mana saya menghilang.
Saya tak menghilang pun, masih di sini. Masih lagi menjalankan perniagaan internet seperti biasa. Cuma beberapa bulan yang lalu saya menghadapi masalah dengan streamyx. Boleh dikatakan kronik jugalah. Sampaikan customer service streamyx kena kacau dengan saya setiap hari.
Masalah selasai dalam masa sebulan lebih jugalah. Jadi pada masa tu sehinggalah post yang saya buat hari nie, fokus utama saya hanyalah kepada website-website yang menghasilkan pendapatan bulanan kepada saya. Jadi, bila terlalu lama tak menulis, mood menulis tu dah hilang. Biasalah saya ni sebenarnya malas nak menulis. Tapi digagahkan juga untuk menulis balik.

Ni antara komen pembaca blog ini yang menarik perhatian saya. Blog ini bukan menghasilkan pendapatan utama saya. Tujuan blog ini mula-mula di bina adalah untuk berkongsi tips-tips dan maklumat dalam perniagaan internet. Pada masa tu tak banyak blog dalam bahasa melayu yang betul-betul fokus memberi maklumat dalam perniagaan internet. Tapi sekarang, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak blog-blog yang berkongsi maklumat tentang perniagaan internet yang boleh dijadikan rujukkan dan panduan. Jadi bisnes saya tak bungkus lagi yer mamat.
Ok, di sini saya ingin berkongsi salah satu teknik yang sentiasa saya gunakan untuk mempromosi blog atau website saya. Teknik ini hanya sesuai kita pasaran global. Kalau pasaran tempatan saya tak pasti, tapi anda boleh melakukan eksperimen untuk pasaran tempatan. Jika ada menulis artikel untuk blog, website atau menghantarnya ke article directory, artikel ini boleh digunakan semula untuk diupload ke website slideshare. Anda cuma perlu convert artikel anda tadi kepada persembahan powerpoint dan upload ke website slideshare. Ini contoh paling simple yang saya jumpa.
http://www.slideshare.net/PeterDavid/do-you-know-stress-cause-hives
Dengan teknik ini, ia akan menghasilkan trafik ke blog atau website anda di dalam jangka masa yang panjang. Anda cuma upload dan lupakannya. Tak perlu update.
Saya ada berikan produk percuma untuk pembaca blog saya. Jangan lupa download di sini.
Tags: Article Marketing, Perniagaan Internet, Persembahan Powerpoint, Slideshare, Website Traffic
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
perkongsian yg berguna akan menghasilkan duit pada blog walaupun sedikit..tp ada yang dapat banyak juga..
blog adalah media pengiklanan, pandai guna banyak faedah yang diperolehi..
lama menghilang tapi kembali semula pun dah kira ok apa…
memang kadang2 kita hilang tumpuan pd blog yang kurang menjana duit ni..mcm saya gak, lebih fokus pd yang boleh mendatangkan duit..apa pun pengunjung blog kita tetap kena beri perhatian gak..thank for the info
Zaidi,
Saya kurang beri tumpuan pada blog ni bukan kerana blog nie tidak menghasilkan pendapat untuk saya. Cuma seperti saya katakan sebelum ni.
Saya menghadapi masalah streamyx yang boleh dikatakanagak konik juga. Malas dah nak cerita panjang2. Customer service streamyx tu pun dah terima berbakul-bakul amarah saya.
Jadi bila dah lama tak online, nak start menulis balik tu, aisyeh! susah. Bagi saya lah. Jadi moral dia, jangan berhenti sekerat jalan bila kita buat sesuatu perkara tu. Kalau nak start balik, makan masa gak nak dapatkan momentum. Itu pendapat peribadi saya lah.
Begitu juga dengan IM Guru yang top2. Kalau kita dapat lihat, mereka akan sentiasa menghasilkan produk baru. Lepas satu, satu lagi produk akan keluar. Salah satu sebabnya, mereka tak nak hilangkan momentum kerja-kerja yang mereka sedang lakukan.
Hehe.. Orang dah kawin memang camtu.. Kena fokus kpd site yang lebih menguntungkan daripada site/blog saje2.. huhu
PS: Lama tak nampak yer.. ![]()
apa pun… MohdSufian.com is come back!
harap-harap dengan come back (ke blog ini…) lebih meletup!
wah… 2 tips hari ni… thanks! ![]()
jangan tapau, nanti hilang satu lagi sorang kawan maya
streamyx memang macam tu sebab tak ada pesaing yang sihat



Blog tak semestinya menjana pendapatan..
Hanya sekadar perkongsian je kan..