
Luahan hati dari seorang blogger…
Atas usaha yang telah dilakukan oleh alicyber dari SihatSokmo dan alang, tergeraka hati saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan pembaca blog saya yang setia, tentang seorang rakan yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau yang saya maksudkan adalah saudara Badruzamani bin Azmi. Badruzamani adalah seorang OKU, lumpuh dari pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1995.
Saya mengenali Badruzamani bulan Ramadhan tahun lepas. Dan selepas itu saya kerap ke rumah beliau dan membantu beliau sekadar yang termampu. Di bawah ini, rakan-rakan bolehlah membaca kisah hidup dan luahan hati beliau.
“Nama saya Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.
Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.
Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.
Tetapi, akibat terbaring terlalu lama di atas katil hospital dan tidak dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloe vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.
Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman blog saya Badruzamani.Org
dan laman RahsiaNiaga.Com
. Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.
Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33, sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Bolehkah saya bersabar lagi?
Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…
Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah saya bernombor : 162021342824.
Terima kasih banyak - banyak kepada anda semua yang sudi membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Amin…“
Yang benar,
Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Saya berharap dengan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan dapat membantu Badruzamani untuk meneruskan kehidupannya. Insya’allah…
Tags: Badruzamani, OKU, Blogger Malaysia, Blogger, Sumbangan, Maybank, Bantuan
Artikel Berkaitan :
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
[...] Pada hari ini, hati saya amat tersentuh setelah mendapat tahu daripada Labanon bahawa seorang sahabat saya, yang berpangkat abang kepada saya iaitu Abang Badruzamani Azmi mengalami masalah.. Anda boleh baca post alang, aliCyber dan Mohd Sufian mengenai perkara ini.. [...]
T.kasih sufian, dah jadi tanggungjawab kawan2 la utk membantu kawan2 yg dlm kesusahan ye tak, hari ni hari dia, mana tau esok2 hari kita pulak.
Allah itu maha kaya. Apa saja ujian yg diturunkanNya ada hikmah disebaliknya. Aku pernah dihadapkan dengan ujian yang maha dahsyat dariNya. Hampir aku menjadi gila dan dimasukkan ke wad jiwa. Alhamdulillah atas dorongan dan sokongan dari keluarga, aku mampu bangkit kembali.
Aku dapat merasai apa yg terbuku dalam diri saudara badruzamani. Aku harap beliau bersabar dan banyakkan berzikir serta memohon keampunan dariNYA.
p/s: Saudara Badruzamani masih di Taman Machang Manis ke? Aku ingin menziarahi beliau dan menyampaikan sedikit sumbangan. Aku akan berada di Kulim pada 1 hb Julai nanti.
Insya’allah, memang ramai yang membantu. Tadi sembang dgn zamani, dengar suara dia pun dah ceria sikit. ![]()
begitulah kehidupan… perlu bantu membantu dan suah tentunya jalan mesti ke hadapan bukannya ke belakang…
haha… mesej yang cukup bermakna. apohal sekalipun tabahkan hati nurani untuk terus berjuang meneruskan kehidupan. kehidupan perlu diteruskan.
sekian terima kasih.
[...] Terus-terang saya katakan bahawa saya tidak mengetahui kesusahan yang menimpa sahabat kita ini, walaupun saya mengetahui beliau seorang OKU tak lama dulu. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakkan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau ialah saudara kita Badruzamani bin Azmi. Di sini saya membawakan kisah beliau untuk tatapan bersama. Bantulah sekadar terdaya. Jika tak mampu pun, sama-sama kita doakan beliau.. : “Nama saya Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal. [...]
[...] Recently I came across the news on handicapped / physical challenged blogger, Mohd Badruzamani from Alang, Galadriel & Mohd Sufian’s blog. [...]
[...] Saya dapat tahu perkara ni melalui blog Alang , blog Linn Comel dan blog MohdSufian . Saya tidak merancang apa-apa lagi buat masa sekarang tetapi apa yang saya ingin maklumkan disini seorang rakan saya, MuhammadHilmi sedang menarakan pakej Hosting yang bagi saya tersangat murah. [...]
Terima kasih Pian kerana banyak menolong saya dan tolong repair PC untuk saya. Juga tidak dilupakan kepada semua yang memberi sokongan dan menyumbang duit untuk meringan beban saya. Semoga Allah membalas budi anda semua dengan rezeki yang banyak dan dipanjangkan umur dalam keberkatan - Nya. Amin…
Perkara kecil je zamani. sumbangan saya tak seberapa pun. itu je yang dapat saya bantu buat masa nie. lagi pun kalau bukan kawan2 yang tolong saper lagikan.
[...] Rentetan dari masalah yang dihadapi oleh rakan kita saudara Badruzamani, pelbagai usaha telah dijalankan oleh rakan-rakan komuniti internet. Tidak ketinggalan juga, rakan saya mdhilmi telah menawarkan satu pakej hosting yang agak menarik. Pada sesiapa yang merancang untuk membeli hosting, saya rasa anda pasti tidak mahu ketinggalan tawaran dari mdhilmi. Dengan hanya RM15 setahun anda boleh memiliki hosting dengan ciri-ciri yang dinyatakan di bawah :- [...]
[...] Terima Kasih saya ucapkan kepada Alicyber, Alang, Mohd Sufian, Linn Comel, Adiputra, Md Hilmi dan semua yang membantu saya sama ada dalam bentuk kewangan atau sumbangan lain. Saya amat hargainya. Walaupun saya tidak mengetahui kebanyakan yang menderma kepada saya, namun Allah Maha Mengetahui keikhlasan anda. Saya doakan semoga Allah membalas kebaikan dan keikhlasan anda membantu saya dengan kebaikan yang berganda. [...]
Semoga anda dimurahkan rezeki oleh Yang maha Esa…ketabahan anda menjadi tulang penguat semangat untuk insan yang kurang bernasib baik di dunia ini…amin.
[...] Terus-terang saya katakan bahawa saya tidak mengetahui kesusahan yang menimpa sahabat kita ini, walaupun saya mengetahui beliau seorang OKU tak lama dulu. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakkan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau ialah saudara kita Badruzamani bin Azmi. Di sini saya membawakan kisah beliau untuk tatapan bersama. Bantulah sekadar terdaya. Jika tak mampu pun, sama-sama kita doakan beliau.. : “Nama saya Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal. [...]
sedih sungguh nasib yang menimpa saudara kita ni..tak sangka, saya ingat dia seperti insan normal yang lain.tadi saya baru melawati blog beliau..semoga beliau terus tabah menjalani hidup ini..
[...] Alhamdullillah… Allah ‘bukakan hati’ sahabat - sahabat saya dalam forum WangCyber.Com untuk membantu. Walaupun saya tidak meminta, tetapi keikhlasan mereka membantu untuk meringankan beban saya, amat saya hargai dan sangat - sangat berterima kasih.Terima Kasih saya ucapkan kepada Alicyber, Alang, Mohd Sufian, Linn Comel, Adiputra, Md Hilmi dan semua yang membantu saya sama ada dalam bentuk kewangan atau sumbangan lain. Saya amat hargainya. Walaupun saya tidak mengetahui kebanyakan yang menderma kepada saya, namun Allah Maha Mengetahui keikhlasan anda. Saya doakan semoga Allah membalas kebaikan dan keikhlasan anda membantu saya dengan kebaikan yang berganda. [...]
Sifat sahabat sejati ada dlm diri kamu.
sama lah kita membantu sahabat kamu walaupun sumbangan tu x besar tetapi mempunyai nilai perikemanusiaan yg x terhingga.
askum.. saya terharu dengan kisah sahabat ini.ingin sekali saya menyumbang kepada sahabat yang memerlukan bantuan kita.bersabarlah encik Badruzamani moga Allah memberi hidayah kepada anda.amin . . .
[...] terhad untuk menyertai cabaran SEO Wangcyber keyword cari duit tetapi atas permintaan rakan saya Badruzamani untuk menyertai kumpulannya iaitu kumpulan Lelabah3. Ahli kumpulan Lelabah3 ini disertai oleh [...]





Sufian,
Awak ni memang sahabat sejati betul!
Semoga dimurahkan rezeki oleh Allah sentiasa dan semoga maju dalam bisnes!
kak G.